|
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web Agensi Kelayakan
Malaysia serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan
/ atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.
Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan
persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan
ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan,
dan kami, Agensi Kelayakan Malaysia bagi akses dan / atau penggunaan
laman web ini.
Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang
anda terima atau akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan / atau
akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai
penerimaan syarat-syarat ini.

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Agensi Kelayakan
Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian,
secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus,
turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada
kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian
tak ketara yang lain akibat daripada:
|
(1) |
penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan
perkhidmatan ini; |
|
(2) |
kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan
pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau
perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang
dibuat menerusi atau daripada laman web ini; |
|
(3) |
akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau
data anda; |
|
(4) |
kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau |
|
(5) |
perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini. |

Agensi Kelayakan Malaysia boleh menyediakan pautan kepada laman web
yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh
pihak ketiga dan oleh itu, Agensi Kelayakan Malaysia tidak mempunyai
kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan
bersetuju bahawa Agensi Kelayakan Malaysia tidak bertanggungjawab
terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta
tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk
atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut.
Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Agensi Kelayakan
Malaysia tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung,
terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau
dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau
pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang
disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Agensi Kelayakan Malaysia boleh menamatkan akses anda ke mana-mana
bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana
perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau
tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa
serta-merta. Agensi Kelayakan Malaysia boleh juga menamatkan atau
menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan
sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi
akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa
Agensi Kelayakan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada anda atau
mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan
tersebut.

Agensi Kelayakan Malaysia mempunyai hak untuk membuat perubahan,
pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini
pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau
bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan
laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Agensi
Kelayakan Malaysia mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai,
membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian
tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda
akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa
untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau
penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima
bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang
diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai
penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian,
pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Agensi Kelayakan Malaysia mempunyai hak untuk mengubahsuai atau
menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama
ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis
atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Agensi Kelayakan Malaysia
tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di
atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan
perkhidmatannya.

Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Syarat-syarat
Standard. Sekiranya ada syarat yang tidak konsisten atau
percanggahan di antara syarat-syarat ini dan Syarat Standard,
syarat-syarat ini akan diterimapakai.
Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk
rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.
Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi
undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau
peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan
tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan
seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan
syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa
sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi
undang-undang atau yang tidak sah.
|