ISI KANDUNGAN

  1. Bahasa Kebangsaan Dan Mata Pelajaran Wajib
  2. Penilaian : Kelulusan, Standard Minimum Dan Perakuan Akreditasi
  3. Guru
  4. Taraf Pelaksanaan
  5. Kelayakan Kemasukan Ke IPTS
  6. Panel Penilai

Bahasa Kebangsaan Dan Mata Pelajaran Wajib
1 S

Bolehkah seseorang pelajar dikecualikan dari mengambil Pengajian Malaysia (LAN1003) jika dia telah mengambil Pengajian Am di peringkat STPM?

J

Tidak.
  

2 S

Bolehkah IPTS yang menjalankan kursus-kursus pengajian dalam bidang Pengajian Islam, diberi pengecualian daripada menawarkan mata pelajaran Pengajian Islam (LAN1004)?

J

Tidak, kecuali IPTS itu dapat membuktikan bahawa semua isi kandungan sukatan pelajaran Pengajian Islam (LAN1004) diliputi sepenuhnya dan mendapat kebenaran LAN.
  

3 S

Adakah pelajar-pelajar dewasa yang telah mempunyai pengalaman bekerja masih perlu mengambil Mata Pelajaran Wajib termasuk Pendidikan Moral (LAN1005)?

J

SEMUA pelajar diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran berkenaan tanpa mengira umur mereka. Namun pengecualian diberikan kepada mereka yang mengikuti kursus pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran, kursus jangka pendek, kursus vokasional dengan jam kredit kurang daripada 20 jam, kursus MLVK untuk Tahap I, II dan III serta non-terminating program (kursus pengajian Foundation yang digubal oleh IPTS sendiri).
  

4 S

Perlukah seseorang pelajar yang telah tamat pengajian Diploma dan menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda mengambil Mata Pelajaran Wajib?

J

Mata Pelajaran Wajib hanya perlu diambil sekali seumur hidup. Sekiranya pelajar telah mengambilnya di peringkat Diploma dan lulus, pelajar ini tidak perlu mengambil sekali lagi di peringkat Sarjana Muda.
  

5 S

Adakah Bahasa Kebangsaan A/B (LAN1001/LAN1002) diwajibkan bagi semua kursus termasuk kursus kerjasama, PJJ, kursus profesional, kursus badan persijilan/peperiksaan dan kursus dalaman IPTS sendiri?

J

Ya. Wajib untuk semua bentuk kursus pengajian yang mana bahasa pengantarnya bukan Bahasa Kebangsaan kecuali kursus pengajian peringkat Sarjana dan Kedoktoran, kursus jangka pendek dengan jam kredit kurang daripada 20 jam kredit, kursus MLVK Tahap l, ll dan lll serta Non-terminating Program (kursus pengajian Foundation yang digubal oleh IPTS sendiri).
  

6 S

Bagaimanakah dengan kedudukan mata pelajaran Bahasa Kebangsaan A/B (LAN1001/LAN1002) bagi kursus luaran dan kerjasama dari institusi luar negeri dan tempatan yang mempunyai kurikulum yang telah ditetapkan?

J

Bahasa Kebangsaan A/B (LAN1001/LAN1002) wajib ditawarkan sebagai tambahan kepada pakej kursus pengajian.
  

7 S

Bagi semua program kerjasama (francais) dengan IPTA yang menetapkan silabus yang perlu diikuti oleh pelajar di IPTS, adakah IPTS wajib menawarkan Bahasa Kebangsaan A/B (LAN1001/LAN1002) dan Mata Pelajaran Wajib?

J

IPTS hanya perlu menawarkan Mata Pelajaran Wajib yang tidak terdapat dalam pakej program kerjasama (francais) dengan IPTA. Bagi pelajar yang memasuki program tanpa kredit dalam Bahasa Melayu SPM, pelajar dikehendaki mengambil mata pelajaran Bahasa Kebangsaan A.
  

8 S

Apakah syarat-syarat bagi mengendalikan Mata Pelajaran Wajib?

J
  1. Mata Pelajaran Pengajian Islam (LAN1004) / Pendidikan Moral (LAN1005) dan Pengajian Malaysia (LAN1003) adalah mata pelajaran wajib di bawah seksyen 43 Akta IPTS. Ia hendaklah dimasukkan ke dalam semua pakej kursus pengajian.

  2. Warganegara Malaysia hendaklah lulus pada tahap yang ditentukan oleh pihak LAN dalam mata pelajaran tersebut sebagai pra-syarat penganugerahan sesuatu sijil, diploma dan ijazah oleh IPTS (Sek.43(3)). Peraturan ini terpakai untuk semua pelajar tidak kira sama ada yang mengikuti kursus dalaman atau kursus pengajian luaran seperti Program Kerjasama dan Profesional.

  3. Bagi pelajar asing pula, Mata Pelajaran Wajib diikuti sebagai kursus audit sahaja.

  4. Mata pelajaran Bahasa Kebangsaan A (LAN1001) dan B (LAN1002) hendaklah diambil oleh pelajar warganegara Malaysia yang tidak mempunyai asas Bahasa Kebangsaan kerana mereka tidak mengikuti sistem pendidikan kebangsaan. Pelajar-pelajar dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Kebangsaan B (LAN1002) terlebih dahulu tetapi tidak dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran Bahasa Kebangsaan A (LAN1001).

9 S

Adakah LAN akan mempertimbangkan pemindahan kredit bagi mata pelajaran Pengajian Islam ?

J

Mengikut seksyen 43, Akta IPTS 1996, pelajar yang beragama Islam wajib mengambil mata pelajaran Pengajian Islam (LAN1004), manakala pelajar bukan beragama Islam mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral (LAN1005).
 

10 S

Apakah tindakan LAN sekiranya IPTS melanggar undang-undang berhubung dengan Bahasa Kebangsaan dan Mata Pelajaran Wajib?

J

Kementerian akan mengambil tindakan berdasarkan peraturan pematuhan Akta IPTS 1996.
  

11 S

Bolehkah seseorang pelajar dikecualikan daripada mengambil Bahasa Kebangsaan?

J

Pengecualian diberikan kepada pelajar yang mempunyai kelulusan kepujian Bahasa Kebangsaan peringkat SPM atau prinsipal Bahasa Kebangsaan peringkat STPM.
 

12 S

Berapakah nilai jam kredit bagi setiap Mata Pelajaran Wajib dan Bahasa Kebangsaan A (LAN1001)/B (LAN1002)?

J

Setiap Mata Pelajaran Wajib dan Bahasa Kebangsaan A (LAN1001)/B (LAN1002) bernilai 3 jam kredit.
  

13 S

Adakah mata pelajaran Bahasa Kebangsaan A boleh menggantikan mata pelajaran Bahasa Melayu SPM bagi tujuan kemasukan ke IPTA atau berkhidmat dengan kerajaan?

J

Tidak.
  

14 S

Apakah syarat-syarat seseorang pelajar itu boleh dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran wajib?

J
  1. Seseorang pelajar itu pernah mengambil mata pelajaran wajib dan lulus mata pelajaran tersebut dengan markah sekurang-kurangnya 50 peratus.

  2. Silibus mata pelajaran yang pernah diambil mestilah setara dengan silibus Mata Pelajaran Wajib dengan nilai 80 peratus kesetaraan.

  3. Nilai jam kredit bagi setiap mata pelajaran mestilah sekurang-kurangnya 3 jam kredit.

15 S

Adakah pelajar warganegara Malaysia yang tidak mengikuti sistem pendidikan kebangsaan seperti belajar di luar negara serta tidak boleh berbahasa Melayu boleh dikecualikan daripada mengambil Bahasa Kebangsaan A.

J

Pelajar yang tidak mengikuti sistem pendidikan kebangsaan adalah dibenarkan untuk mengambil mata pelajaran Bahasa Kebangsaan B terlebih dahulu tetapi tidak dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran Bahasa Kebangsaan A.
  

16 S

Adakah pelajar kursus separuh masa di IPTS boleh dikecualikan daripada mengambil Mata Pelajaran Wajib?

J

Pelajar kursus separuh masa tidak dikecualikan dan diwajibkan mengambil Mata Pelajaran Wajib.
  

17 S

Adakah pelajar boleh memohon pengecualian Mata Pelajaran Wajib melalui LAN?

J

LAN tidak lagi memproses sebarang permohonan pengecualian Mata Pelajaran Wajib. Sebarang urusan pengecualian Mata Pelajaran Wajib adalah dikendalikan oleh IPTS. Bagaimanapun, bagi kes-kes tertentu yang melibatkan proses nilaitara Mata Pelajaran Wajib, IPTS boleh mengemukakan permohonan untuk nilaitara kepada LAN.
  

Atas

Penilaian : Kelulusan, Standard Minimum Dan Perakuan Akreditasi
1 S

Apakah maksud Kelulusan, Standard Minimum dan Perakuan Akreditasi?

J

Kelulusan – Kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi bagi membolehkan IPTS mengendalikan sesuatu kursus pengajian. Kelulusan wajib diperoleh sebelum IPTS dibenarkan mengendalikan kursus pengajian.

Standard Minimum – Tahap yang wajib dicapai oleh setiap IPTS sebelum menganugerahkan Sijil/Diploma/Ijazah bagi sesuatu kursus pengajian yang dijalankannya. Standard Minimum tidak bermaksud kursus pengajian ini mendapat pengiktirafan/Perakuan Akreditasi.

Perakuan Akreditasi – Suatu pengiktirafan tertinggi bahawa Sijil, Diploma dan Ijazah yang dianugerahkan oleh IPTS telah mencapai suatu tahap standard kualiti yang ditetapkan oleh LAN. Perakuan Akreditasi adalah pilihan kecuali kursus pengajian Sarjana Muda 3+0, kursus pengajian yang ditawarkan oleh IPTS bertaraf Kolej Universiti, Universiti dan Kampus Cawangan Universiti Luar Negara.

   

2 S

Adakah permohonan bagi mendapatkan Kelulusan, Standard Minimum dan Perakuan Akreditasi dikemukakan secara berasingan?

J

Penilaian Standard Minimum dan Perakuan Akreditasi hanya dilaksanakan selepas kursus pengajian mendapat Kelulusan. Walau bagaimanapun, Perakuan Akreditasi boleh dipohon bersekali dengan Standard Minimum.
    

3 S

Apakah kursus pengajian yang wajib mendapat Perakuan Akreditasi?

J

Kursus pengajian Sarjana Muda 3+0, kursus pengajian yang ditawarkan oleh IPTS bertaraf Universiti, Kolej Universiti dan Kampus Cawangan Universiti Luar Negara.
   

4 S

Bagaimana untuk mengetahui sesuatu kursus pengajian telah mencapai Standard Minimum atau Perakuan Akreditasi?

J

Carian kursus pengajian yang telah mendapat Standard Minimum atau Perakuan Akreditasi boleh dibuat dengan melawat laman web: http://www.lan.gov.my atau e-mel: akreditasi@lan.gov.my, telefon atau ke LAN.
   

5 S

Adakah penilaian dibuat terhadap kemudahan IPTS?

J

LAN meneliti semua kemudahan yang disediakan oleh IPTS terutamanya yang berkaitan dengan kursus pengajian yang dipohon.
 

6 S

Apakah yang perlu dibuat oleh IPTS jika permohonan kelulusan ditolak oleh Kementerian Pendidikan?

J

IPTS boleh mengemukakan permohonan baru selepas membuat pembaikan atas alasan-alasan penolakan.
 

7 S

Adakah Akta LAN terpakai di IPTA?

J

Tidak.
 

8 S

Adakah LAN turut membuat pemprosesan permohonan biasiswa atau pinjaman?

J

Tidak.
 

9 S

Bolehkah sebarang perubahan dalam struktur mata pelajaran dilakukan oleh IPTS yang telah mendapat Kelulusan?

J

Boleh. Jika perubahan bersesuaian dengan bidang pengajian, mengikut keperluan semasa dan mengemukakan cadangan perubahan kurikulum kepada LAN untuk kelulusan.
  

10 S

Bolehkah pelajar IPTS memohon pinjaman daripada bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)?

J

Boleh, tertakluk kepada peraturan PTPTN.
 

11 S

Bolehkah bayaran fee permohonan Kelulusan, Standard Minimum dan Perakuan Akreditasi dibayar dengan peratusan tertentu?

J

Tidak.
 

12 S

Apakah yang dimaksudkan dengan kursus jangka pendek?

J

Kursus pengajian jangka pendek merujuk kepada kursus pengajian yang kurang dari 20 jam kredit bergraduat, dikendalikan dalam tempoh kurang dari 16 minggu dan membawa kepada penganugerahan Sijil Kehadiran sahaja.
 

13 S

Berapakah jumlah jam kredit minimum yang ditetapkan oleh LAN?

J

Jumlah jam kredit bergraduat minimum yang ditetapkan oleh LAN (termasuk Mata Pelajaran Wajib) adalah :
 

Peringkat Kursus Pengajian Jumlah Jam Kredit Minimum
Sarjana Muda
  • 110 jam kredit (kursus profesional)
  • 100 jam kredit (kursus bukan profesional)
Diploma 90 jam kredit
 
Sijil 50 jam kredit
 

  

14 S

IPTS kami mendapat pertimbangan Standard Minimum atau Perakuan Akreditasi untuk satu kursus pengajian. Oleh itu pihak LAN perlu menjalankan lawatan pematuhan. Siapakah yang akan menanggung bayaran ini?

J

Fee atau kos lawatan pematuhan ditanggung sepenuhnya oleh IPTS.
  

15 S

Sekiranya permohonan Standard Minimum gagal, apakah tindakan LAN?

J

LAN akan mengesyorkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menarik balik kelulusan pengendalian kursus pengajian.
 

16 S

Bolehkah permohonan Kelulusan dan Perakuan Akreditasi dipohon secara bersekali?

J

Tidak boleh.
 

17 S

Bagaimana LAN membuat penilaian terhadap IPTS yang mempunyai cawangan?

J

LAN menjalankan penilaian berdasarkan kepada lokasi. Oleh itu, setiap cawangan perlu mengemukakan permohonan berasingan dan melalui proses penilaian yang berasingan. Walau bagaimanapun, IPTS perlu menggunakan kurikulum yang sama untuk semua cawangannya.
 

18 S

Apakah tindakan LAN kepada IPTS yang gagal dalam pemantauan Perakuan Akreditasi?

J

Perakuan Akreditasi yang diterima akan ditarik balik.
 

19 S

Bagaimanakah kadar pembayaran proses-proses penilaian LAN?

J

Struktur fee proses penilaian kursus pengajian adalah seperti di bawah :
 

Peringkat Kursus Pengajian   Permohonan Mengendalikan Kursus Pengajian dan Kursus Pengajian Tambahan (JPS) Standard Minimum / Kelulusan (JPS) Akreditasi (LAN) Akreditasi Bersekali Standard Minimum (LAN)
Sijil Fee Permohonan
 
RM1500.00   RM6000.00 RM1000.00
  Fee Standard Minimum (fee Kelulusan)
 
  RM5000.00    
  Fee Perakuan
 
    RM3500.00 RM3500.00
Diploma Fee Permohonan
 
RM2000.00   RM6000.00 RM1000.00
  Fee Standard Minimum (fee Kelulusan)
 
  RM5000.00    
  Fee Perakuan
 
    RM3500.00 RM3500.00

Ijazah

Fee Permohonan
 
RM3400.00   RM7000.00 RM2000.00
  Fee Standard Minimum (fee Kelulusan)
 
  RM7500.00    
  Fee Standard Minimum (fee Kelulusan) – Perubatan / Pergigian / Farmasi
 
  RM15,000.00    
  Fee Perakuan     RM5500.00 RM5500.00

  

Atas

Guru
1 S

Institusi saya menggunakan sepenuhnya guru sambilan. Apakah pandangan LAN mengenai perkara ini?

J

LAN tidak membenarkan IPTS menggunakan sepenuhnya guru sambilan kerana dianggap guru sementara. IPTS perlu mempunyai sekurang-kurangnya 60 peratus guru tetap.
   

2 S

Apakah takrif guru tetap?

J

Guru tetap adalah guru yang dilantik secara tetap atau kontrak sekurang-kurangnya untuk tempoh satu tahun dan berkhidmat secara sepenuh masa di IPTS.
 

3 S

Adakah guru-guru di IPTS mesti mempunyai kelayakan yang diperoleh daripada IPT yang diiktiraf oleh kerajaan?

J

Tidak. Guru-guru perlu berkelayakan dari IPT yang sah kewujudannya di bawah undang-undang sesebuah negara.
 

4 S

Adakah tutor juga perlu mengikut syarat kelayakan seperti yang ditetapkan untuk guru?

J

Tidak dari segi tahap kelayakan tetapi tutor hendaklah berkelayakan dalam bidang yang dikendalikan tuturan itu.
 

5 S

Adakah LAN menetapkan bahawa guru–guru (khususnya bidang profesional) perlu terdiri daripada ahli-ahli badan–badan profesional?

J

Tidak tetapi digalakkan.
 

6 S

Apakah kelayakan guru untuk mengajar kursus pengajian di IPTS?

J

Kelayakan minimum guru untuk setiap peringkat kursus pengajian adalah seperti di bawah:
 

Peringkat Kursus Pengajian Kelayakan Minimum Guru
Sarjana Muda
 
Sarjana
Diploma
 
Sarjana Muda
Sijil
 
Sarjana Muda

 

7 S

Berapakah had bilangan mata pelajaran yang dapat diajar oleh seseorang guru dalam sesuatu IPTS?

J

LAN menetapkan had maksimum empat mata pelajaran sahaja bagi kursus pengajian peringkat Sijil / Diploma dan tiga mata pelajaran bagi kursus pengajian peringkat Ijazah untuk mengelakkan beban kerja yang tinggi.
 

8 S

Apakah kelayakan guru untuk mengajar Mata Pelajaran Wajib dan Bahasa Kebangsaan?

J

IPTS perlu memastikan guru Mata Pelajaran Wajib dan Bahasa Kebangsaan mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Sarjana Muda yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarnya.
 

9 S

Adakah guru yang mengajar di IPTS perlu berkelayakan ikhtisas dalam bidang pendidikan?

J

LAN tidak mensyaratkan kelayakan ikhtisas dalam bidang pendidikan tetapi menjadi satu kelebihan sekiranya IPTS mempunyai guru berkelayakan ini. Pada masa yang sama, IPTS perlu menjalankan latihan dalaman untuk meningkatkan kelayakan ikhtisas guru melalui dasar pembangunan staf akademik.
 

10 S

Berapakah bilangan guru minimum bagi kursus pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil?

J

Jumlah minimum guru untuk setiap peringkat kursus pengajian adalah:
 

Peringkat Kursus Pengajian Bilangan Guru Minimum
Sarjana Muda
 
  • 11 orang (kursus profesional)
  • 10 orang (kursus bukan profesional)
Diploma
 
7 orang
Sijil
 
4 orang

 
Atas

Taraf Pelaksanaan
1 S

Mengapakah program IPTA perlu dinilai oleh LAN apabila dikendalikan secara kerjasama dengan IPTS sedangkan ia telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan mutunya dijamin?

J

Walaupun kursus pengajian telah mendapat pengiktirafan tetapi kursus pengajian itu dikendalikan di institusi yang mempunyai kemudahan, guru dan sistem pengurusan yang berbeza dengan IPTA.
   

2 S

Apakah maksud kursus pengajian Sarjana Muda 2+1?

J

Kursus pengajian IPT Induk di mana dua tahun pertama kursus pengajian dikendalikan di IPTS manakala tahun akhir di IPT Induk dengan menggunakan kurikulum asal IPT Induk.
    

3 S

Apakah maksud kursus pengajian Sarjana Muda 3+0?

J

Kursus pengajian IPT Induk yang mana 3 tahun pengajian dikendalikan di IPTS dengan menggunakan kurikulum asal IPT Induk.
   

4 S

Apakah yang dimaksudkan dengan kursus pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)?

J

Satu pengendalian kursus pengajian yang meliputi semua perancangan dan susun atur untuk menyediakan material dan instrumen pengajaran melalui bahan cetak (termasuk bahan cetak bertulis, cakera padat, disket, tape dan video) atau media komunikasi elektronik (internet, tele-conferencing, audio-conferencing, faks, telefon dan sebagainya) kepada pelajar dan ia melibatkan proses pengajaran yang terancang di mana pengajar dan pelajar tidak berada di tempat yang sama. 
    

5 S

Apakah perbezaan antara kursus pengajian kerjasama dan kawal selia?

J

Perbezaan antara kursus pengajian kerjasama dan kawal selia adalah seperti di bawah:
 

Ciri-Ciri Kursus Pengajian Kerjasama Kursus Pengajian Kawal Selia
Penggubalan Kurikulum
  • IPT Induk
  • IPTS
    atau
  • IPTS dan IPT Induk
Pengendalian
  • IPTS
    atau
  • IPTS dan IPT Induk
  • IPTS
Penganugerahan
  • IPT Induk
  • IPTS

   

6 S

Apakah yang dimaksudkan dengan Pemindahan Kredit (Transfer Credit)?

J

Pemindahan Kredit merujuk kepada satu proses pengecualian kredit berdasarkan kepada pencapaian kelayakan sebelumnya.
   

Atas

Kelayakan Kemasukan Ke IPTS
1 S Apakah syarat kelayakan masuk kursus pengajian?
J

Syarat kelayakan masuk adalah bergantung pada bidang yang ingin diikuti. Bagaimanapun syarat kelayakan masuk minimum yang telah digariskan adalah seperti berikut:
 

Peringkat Kursus Pengajian Syarat Kelayakan Masuk
Sarjana Muda
  • Lulus STPM dengan 2 Prinsipal C di peringkat STPM tahun 2003 atau berikutnya; atau
  • 2 Prinsipal E di peringkat STPM tahun 2002 atau sebelumnya; atau
  • kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; atau
  • PNGK 2.00
Diploma
  • Lulus SPM dengan 3 kepujian atau kelulusan yang setara dengannya; atau
  • Sijil
Sijil
  • Lulus SPM dengan 1 kepujian atau kelulusan yang setara dengannya
Matrikulasi / Foundation
  • Lulus SPM dengan 5 kepujian atau kelulusan yang setara dengannya.

   

2 S Apakah syarat kelayakan masuk ke kursus perubatan dan pergigian?
J

Syarat kelayakan masuk minimum yang telah ditetapkan ialah seperti berikut:
 

Peringkat Kursus Pengajian Syarat Kelayakan Masuk
Sarjana Muda
  • Lulus STPM dengan 3 Prinsipal B di peringkat STPM tahun 2003 atau berikutnya; atau
  • 3 Prinsipal C di peringkat STPM tahun 2002 atau sebelumnya; atau
  • kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; atau
  • PNGK 3.00
Matrikulasi / Foundation
  • Lulus SPM dengan 5 kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya 4B* dalam mata pelajaran Matematik dan Sains

*  Gred 4B dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi / mata pelajaran teknikal yang lain.

   
3 S Apakah syarat kelayakan masuk melalui sistem ‘Open Entry’?
J

Kelayakan masuk secara ‘Open Entry’ adalah untuk program yang ditawarkan oleh universiti terbuka sahaja iaitu Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Tun Abdul Razak dan Kolej Universiti Terbuka Wawasan. Syarat kelayakan masuk minimum yang ditetapkan ialah seperti berikut:
 

Peringkat Kursus Pengajian Syarat Kelayakan Masuk
Sarjana Muda
  • PMR dan berumur tidak kurang daripada 21 tahun
Sarjana
  • STPM / Matrikulasi dan berumur tidak kurang daripada 35 tahun
*  Pemohon adalah tertakluk kepada Ujian Pengetahuan dan Pembelajaran Terdahulu (Recognition of Prior Learning – RPL) yang akan dikendalikan oleh IPTS.

   

Atas

Panel Penilai
1 S Adakah proses penilaian LAN membabitkan penglibatan pakar-pakar?
J

Ya. LAN melantik orang perseorangan daripada IPTA/IPTS, badan profesional atau industri yang berkelayakan, mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan dilantik oleh LAN untuk menilai sesuatu kursus pengajian.
   

Atas

Tarikh Semakan : 07-09-2006.
 

Balik ke atas