|
Amalan
bijak jaminan kualiti pengajian tinggi memerlukan kriteria dan
standard yang jelas, telus dan adil yang bertindak sebagai rujukan
kepada penilaian dan laporan ke atas kualiti program pengajian yang
ditawarkan oleh pemberi pendidikan tinggi.
MQA telah
membangunkan kod amalan jaminan kualiti pengajian tinggi di Malaysia
berdasarkan amalan bijak antarabangsa dan dipersetujui melalui
konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan.
Kod
amalan ini menyediakan garis panduan dan keperluan umum dalam
perkara-perkara berikut:
|
(i) |
Visi, misi dan hasil pembelajaran; |
|
(ii) |
Rekabentuk dan
penyampaian program; |
|
(iii) |
Pengambilan dan
sistem sokongan pelajar; |
|
(iv) |
Sistem penilaian
hasil pembelajaran; |
|
(v) |
Staf akademik; |
|
(vi) |
Kemudahan
pengajaran dan pembelajaran; |
|
(vii) |
Penilaian
program; |
|
(viii) |
Kepimpinan,
governan dan pentadbiran; dan |
|
(xi) |
Penambahbaikan
kualiti berterusan. |
Pada
amnya, jaminan kualiti di institusi pengajian tinggi
dilaksanakan melalui proses penilaian program pengajian. Terdapat
dua peringkat penilaian dalam jaminan kualiti ini iaitu:
|
(i) |
Akreditasi Sementara – iaitu fasa awal penilaian yang
bertujuan untuk membantu dan mempermudah institusi pengajian
tinggi mendapat akreditasi bagi program pengajian yang hendak
ditawarkan dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard
yang ditetapkan semasa penilaian akreditasi sementara.
|
|
(ii) |
Akreditasi
– iaitu satu perakuan bahawa sijil, diploma atau ijazah yang
dianugerahkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi telah
mencapai tahap standard kualiti yang ditetapkan. |
Akta
Agensi Kelayakan Malaysia 2007 juga memperuntukan status swa
akreditasi kepada institusi pengajian tinggi yang telah matang dan
mempunyai mekanisme jaminan kualiti dalaman yang mantap. Untuk
mencapai status swa akreditasi ini, institusi pengajian tinggi perlu
melalui proses audit institusi dan jika berjaya mendapat status swa
akreditasi, kesemua kelayakan yang ditawarkan oleh institusi
bertaraf swa akreditasi ini akan didaftar secara automatik ke dalam
Dafar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Register, MQR).
Setiap
penilaian kualiti di atas memerlukan pemantauan terus-menerus bagi
memastikan program-program pengajian yang ditawarkan di institusi
pengajian tinggi dijamin kualitinya.



Pencapaian pelajar diukur oleh hasil pembelajaran. Hasil
pembelajaran ini menetapkan kompetensi yang patut diperoleh oleh
pelajar apabila selesai mengikuti satu-satu program pengajian.
Ciri-ciri ini terkandung dalam lapan domain hasil pembelajaran,
iaitu;
|
(i) |
Pengetahuan ilmu
bidang; |
|
(ii) |
Kemahiran
praktikal; |
|
(iii) |
Kemahiran dan
tanggungjawab sosial; |
|
(iv) |
Nilai, sikap dan
profesionalisme; |
|
(V) |
Kemahiran
komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan; |
|
(vi) |
Kemahiran
penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;
|
|
(vii) |
Kemahiran
pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan |
|
(viii) |
Kemahiran
mengurus dan keusahawanan. |
Pencapaian hasil pembelajaran ini pula akan diukur menggunakan
pengiraan sistem kredit yang berasaskan kepada beban sebenar jam
pembelajaran pelajar (student learning time) dan bukannya
berasaskan jam kontak antara pensyarah dan pelajar.
KAITAN ANTARA HASIL
PEMBELAJARAN, JAM KREDIT, MQF DAN MQA

|