|
Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman
web Lembaga Akreditasi Negara di www.mqa.gov.my.

Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari
www.mqa.gov.my
kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam
laman web ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian Pengajian Tinggi yang lain untuk
membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau
aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Walaupun www.mqa.gov.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja.
Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.

Pada masa ini, Cookies tidak digunakan. Walau bagaimanapun ianya mungkin akan digunakan pada masa akan datang.

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi
www.mqa.gov.my bolehlah
menghubungi kami melalui akreditasi@mqa.gov.my atau melalui borang
pertanyaan yang disediakan.

Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.
|