Header
Menu Left

English

Halaman Utama

Tarikh:
Masa   :  

 

  
 

:: Perhatian ::

Laman web MQA tidak dapat diakses buat sementara waktu bermula Jumaat,
12 Sept, 5.30 ptg
hingga Isnin, 15 Sept, 7.30 pg berikutan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan elektrik bangunan menara PKNS-PJ
.


 

 



 

Berita

Lawatan delegasi Hong Kong Council
for Accreditation of Academic and Vocational Qualifications
ke MQA



Delegasi dari Hong Kong Council for Accreditation of Academic and Vocational Qualifications (HKCAAVQ) yang diketuai oleh Prof. Yiu-Kwan FAN, Pengarah Eksekutif HKCAAVQ, telah melawat Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) pada 7 Ogos 2008 lalu. 

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk berkongsi maklumat kedua-dua belah pihak berkenaan perkembangan dan pelaksanaan kerangka kelayakan dan amalan baik jaminan kualiti serta pengalaman masing-masing dalam bidang berkenaan.

Selain itu, delegasi HKCAAVQ juga berkesempatan untuk melawat Y.Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Radin Umar Bin Radin Sohadi, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber dan Manusia.

Sebagai makluman, HKCAAVQ secara rasminya menggantikan Hong Kong Council for Academic Accreditation (HKCAA) pada 1 Oktober 2007 dan bertanggungjawab untuk menjamin kualiti kelayakan akademik dan vokasional. Badan berkenaan juga bertanggungjawab untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Hong Kong yang telah dilancarkan pada 5 Ogos 2008 dan mentadbir Daftar Kelayakan.

Pegawai-pegawai HKCAAVQ yang turut hadir dalam lawatan ini adalah Ms. Susanna LEE, Ms. Katherine YUNG dan Ms. Polly WONG.



Lawatan Delegasi The Gambia ke MQA



Delegasi dari The Gambia telah melawat Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) pada 5 Ogos 2008 lalu. Delegasi tersebut terdiri daripada Dr Bukhari Sillah, Ketua Bahagian Ekonomi dan Pengurusan Sains, Universiti The Gambia dan Dr Siadou Sireh Jallow, Setiausaha Tetap, Bahagian Pengajian Tinggi, Penyelidikan, Sains dan Teknologi.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan perkembangan dan perlaksanaan kerangka kelayakan serta pengalaman MQA dalam melaksanakan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi.

 

 

MQA@media
Choosing A Varsity Due Dilligence Time - Reader's Digest  
 
Info


Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA)


BUKU KOD AMALAN
AUDIT INSTITUSI

Sukacita dimaklumkan penerbitan naskhah rasmi Buku Kod Amalan Audit Institusi (Code of Practice for Institutional Audit) boleh didapati di MQA. Selanjutnya >>

 


MAKLUMAN PENGGUNAAN SURAT DAN BORANG PERMOHONAN
LABEL BARU

Dimaklumkan bahawa urusan permohonan label Perakuan Akreditasi MQA akan mengguna pakai surat permohonan dan borang permohonan yang baru berkuatkuasa 1 Mac 2008.  Selanjutnya >>

 Aplikasi Dalam Talian
 

Daftar Kelayakan Malaysia
Daftar yang menyenaraikan kursus pengajian yang telah mendapat Akreditasi MQA


e-Semakan Kursus Pengajian
Senarai status kursus pengajian yang telah mendapat Kelulusan dan Akreditasi Provisional
 


Sistem SETARA

 
 Pautan Lain

footer

  

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang diperolehi
dari laman web ini.
  

 Hubungi Kami | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi  
©Hak Cipta Terpelihara 1998-2008 Lembaga Akreditasi Negara
©Hak Cipta Terpelihara Agensi Kelayakan Malaysia  
 

Agensi Kelayakan Malaysia, Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
No. Tel : +603 - 7968 7002

 
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 piksel.