BUKU Kod
Amalan Audit Institusi (Code of Practice
for Institutional Audit, COPIA) diterbitkan sebagai
panduan utama kepada pemberi pendidikan tinggi, para juru
audit jaminan kualiti, para pegawai Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA), penggubal polisi, badan-badan professional
dan mereka yang mempunyai kepentingan di dalam bidang
pengajian tinggi. Buku ini mengandungi ringkasan sistem
jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia. Ia memberi
panduan kepada pembaca tentang sembilan kriteria penilaian
bagi tujuan jaminan kualiti serta dua tahap standard yang
memperkukuhkannya iaitu standard yang ditanda aras dan
standard yang lebih baik. Dalam masa yang sama, dokumen ini
turut menjadi panduan bagi proses audit kualiti dalaman yang
bakal dijalankan institusi dan proses audit kualiti luar
oleh para juru audit yang dilantik sebagai panel MQA. Ia
turut merangkumi jadual lawatan audit dan garis panduan
untuk menghasilkan laporan bertulis.
Kandungan
buku ini sebenarnya turut dibangunkan dengan membawa masuk
amalan bijak yang telah diamalkan Bahagian Jaminan Kualiti,
Kementerian Pengajian Tinggi dan Lembaga Akreditasi Negara,
LAN (kini MQA) berdasarkan input yang telah diberikan pakar
dan mereka yang berkepentingan di dalam bidang
pengajian
tinggi menerusi beberapa siri perbincangan kumpulan fokus.
Ia juga telah ditanda aras dengan amalan bijak
antarabangsa. Ini sekaligus memudahkan proses amalan
jaminan kualiti oleh
Quality Assurance Agency
for Higher Education (QAA) United Kingdom, Australian Universities Quality Agency
(AUQA), New Zealand Qualifications Authority (NZQA),
Hong Kong Council for Accreditation of Academic and
Vocational Qualifications (HKCAAVQ), South African
Qualifications Authority (SAQA) dan National
Accreditation and Assessment Council (NAAC) India yang
menjalin kerjasama rapat dengan MQA.
Klik di
sini untuk muat turun COPIA
(versi Bahasa Inggeris)
Buku COPIA
ini juga boleh dibeli di MQA Tingkat 14B Menara PKNS-PJ, No.
17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia pada harga RM10.00.
footer
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi
Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang
diperolehi
dari laman web ini.
Agensi Kelayakan Malaysia,
Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
17,
Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA
No. Tel : +603 - 7968 7002
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer dengan resolusi skrin1024x768 piksel.