Header

Menu Left

English

Halaman Utama

Tarikh:
Masa   :  

 

  

 

 

Majlis Agensi Kelayakan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) mempunyai fungsi berikut:

 
(a) meluluskan rancangan dan dasar bagi pengurusan Agensi;
(b) meluluskan apa-apa pindaan atau pengemaskinian Kerangka Kelayakan Malaysia;
(c)

meluluskan dasar dan garis panduan yang berhubungan dengan akreditasi program, kelayakan atau pemberi pendidikan tinggi atau audit institusi;

(d)

meluluskan sebarang perkara yang berhubungan dengan fungsi, kuasa, kewajipan, saraan, elaun, honorarium, faedah dan tatakelakuan pegawai, pekerja, ejen dan pakar perunding Agensi;

(e)

menerima dan mengawasi laporan, penyata, pernyataan dan sebarang maklumat lain yang berhubungan dengan akreditasi, audit institusi dan penilaian;dan

(f) melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan fungsinya di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007.

Keahlian Majlis MQA adalah seperti berikut: 

(a) Pengerusi;
(b) Ketua Pegawai Eksekutif  Agensi Kelayakan Malaysia;
(c)

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi atau wakilnya;

(d)

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau wakilnya;

(e) Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia atau wakilnya;
(f)

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam atau wakilnya;

(g)

Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidikan Tinggi atau wakilnya;

(h) seorang wakil pemberi pendidikan tinggi awam
(i)

seorang wakil pemberi pendidikan tinggi swasta; dan

(j)

lapan orang anggota lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan khas, pengalaman dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan tinggi atau pekerjaan, sekurang- kurangnya dua orang daripadanya hendaklah daripada badan profesional

Ahli-ahli Majlis adalah dilantik oleh Y. B. Menteri kecuali ahli di bawah perenggan (b) hingga (g).

Senarai Ahli Majlis:

Pengerusi

Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim
Pengerusi
Agensi Kelayakan Malaysia
 

Timbalan Pengerusi

Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yassin
Pengarah
United Nations University International Institute for Global Health (UNU-IIGH)
 

Ahli-ahli :

1.

Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein

Ketua Pegawai Eksekutif

Agensi Kelayakan Malaysia 
 

2.

Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan

Ketua Setiausaha

Kementerian Pengajian Tinggi

 

3.

Tan Sri Dr. Zulkurnain Hj. Awang

Ketua Setiausaha

Kementerian Pelajaran

 

4.

Dato’ Thomas George M. S. George

Ketua Setiausaha

Kementerian Sumber Manusia
 

5.

Tan Sri Ismail Adam

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam
 

6. Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi
Ketua Pengarah

Jabatan Pengurusan Pendidikan Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi
 

7.

Datuk Rafiah Salim

Naib Canselor

Universiti Malaya
 

8.

Dr. Parmjit Singh

Presiden

Malaysian Association of Private Colleges & Universities
 

9.

Dato’ Mahadzir Mohd Khir

 

10. Y. Bhg. Ir. Prof. Dato’ Dr. Chuah Hean Teik
Presiden
Universiti Tunku Abdul Rahman

 

11.

Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohd. Ismail Merican

Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

 

12.

Datuk Zakaria Hashim

Pengarah

Zakaria – Lee & Partners Sdn. Bhd.

 

13.

En. Davies Danavaindran

Pengarah

Gapsoft Nonwoven (Malaysia) Sdn. Bhd.

14.

Tan Sri Dato’ Prof. Emeritus Dr. Gajaraj Dhanarajan

Naib Canselor & Ketua Pegawai Eksekutif

Wawasan Open University

 

15.

Prof. Zita Hj. Mohd Fahmi

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti)

Agensi Kelayakan Malaysia

(Setiausaha)
 

 

footer

  

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang diperolehi
dari laman web ini.
  

 Hubungi Kami | Notis Hak Cipta | Terma & Syarat | Dasar Privasi  
©Hak Cipta Terpelihara 1998-2008 Lembaga Akreditasi Negara
©Hak Cipta Terpelihara Agensi Kelayakan Malaysia  
 

Agensi Kelayakan Malaysia, Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
No. Tel : +603 - 7968 7002

 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer dengan resolusi skrin1024x768 piksel.